Mari Saya Cubakan-Versi Saya
Semalam, hatiku tercubit dan saya ketawa seorang diri di dalam makmal komputer ketika membaca blog sam dalam bahasa malaysia. Disebabkan ketandusan inspirasi, sam mengambil cadangan sepupunya dengan memblog tentang detik-detik persekolahan kita.=P haha, memori yang manis dan juga pahit, yang kita cuba lupakan tetapi masih menghantui otak kita.
Pada masa yang sama, saya mendapati bahawa terdapat Pakatan Berempat-sam,mh,sekteng,xin, mereka telah berbual-bual dalam MSN dengan menggunakan bahasa malaysia!haha, rasanya mereka ingin memeras otak mereka dengan lebih huh? Saya di sini telahpun diberi peperiksaan, kerja rumah yang bertimbun-timbun!
Tetapi, sebagai kawan yang baik, saya juga ingin'membalas budimu' dengan menghiburi kamu. Memang sudah lama saya tidak munilis/berkomunikasi dalam bm. Sebenarnya, saya juga lama tidak menului esei Inggeris, oh, saya sedikit risau tentang MUET la!
okiez, jadi...hmmm. Pengalaman yang pahit:
Pn Narendra yang 'dikasihi':ingat tak Kelab Sains Rumahtannga kita,sam, shin, ling? ouch, kita dilayan lebih teruk daripada orang gaji=P kena masak dan jual makanan, mencuci, ikut arahan 'Yang Mulia', dan (ini ialah bahagian yang paling teruk)-kita mesti BAYAR untuk makanan yang kita masak sendiri!!!!!!!Halo??jangankan beri secara percuma, ambil sedikit pun dia bising-bising!!! Saya juga diingatkan oleh sam tentang teknik lompat tinggi yang diajar olehnya-'mengayuh di udara'(cycle in the air) dan juga 'lompat gunting'(scissors jump)?? Janganlah kamu tanya kita tentangnya-sebab kita pun 'kabur-kabur'(blur blur).
Wahai kawan lelakiku yang sedang membaca ini, saya tahu kamu semua sedang ketawa!haha, mula-mulanya, kamu ingat kamu juga diselamatkan daripada 'bencana' ini. Sedihnya, menjelang Hari Sukan, kita kena lagi(semasa f1 dan f2)- Acara beramai-ramai(Mass drill)- kamu lelaki kena 'menari' dalam gaya aerobik dan gaya-gaya tersebut bukan sahaja tidak menonjojkan sifat kelelakiannya kamu, malah lebih bersifatkan kewanitaan. haha. Maaf ya, kerana mencungkil lagi pengalaman kamu yang kamu ingin lupakan.=P
Ok la, saya rasa, jika kawan MC saya sekalian mesti tulis, pengalaman pahit di MC tentu boleh mencapai Guiness World Record. Tetapi, memori yang manis juga ada, kan? Selain lawatan-lawatan, kem kepimpinan, kita juga berkongsi banyak 'cerita' yang menarik dalam 'set-teaching'.Haha. Saya juga masih ingat, dalam f4 dan f5, betapa kerap saya diejek kerana melakukan 'class-hopping' di kelas M dan juga C.
Panjang umur semangat 3M !*wink*-Long live the spirit of 3M!!!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home